



ADIL Academic Year (AY) terdiri daripada siri modul ADIL sepanjang dua tahun akademik. Ia merupakan program pembelajaran Islam yang komprehensif, menawarkan kesinambungan dan laluan yang jełas untuk memberi peluang kepada belia yang berminat untuk melanjutkan pengetahuan Islam.
Kelas akan dijalankan setiap hari Sabtu melalui talian “Zoom” secara berstruktur dan modular supaya dapat menyediakan platform untuk berinteraksi bersama Asatizah pada setiap minggu.
Hari: Setiap hari Sabtu (Bermula 10hb Januari 2026)
Waktu: 9.30pg – 11.30pg
Bahasa: Bahasa Melayu
Yuran: $50 setiap modul
Sila hubungi Ustaz Farhan di talian 6911 8140 atau emel kepada farhan@ennaeem.mosque.sg untuk sebarang pertanyaan.