JELAJAH TADABBUR – EDISI SINGAPURA
Ingin membaca Al-Quran dengan lebih daripada sekadar memahami terjemahannya? Bagaimana pula kita boleh mentadabbur ayat-ayat Al Quran dan menghubungkannya dengan kehidupan seharian?
Jelajah Tadabbur – Edisi Singapura membawakan satu program yang memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara dan pendekatan untuk mentadabbur Al Quran — memahami mesej di sebalik ayat, menghayati pengajarannya serta mengambil ibrah dan panduan untuk diamalkan dalam kehidupan.
Melalui perkongsian dan bimbingan para panelis jemputan, peserta akan dibawa untuk melihat Al-Quran dengan lebih dekat; bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, direnungi dan dihayati.
Mari belajar bagaimana menjadikan tadabbur sebagai sebahagian daripada perjalanan kita bersama Al-Quran.
📅 Sabtu, 31 Oktober 2026
⏰ 9.30 pagi – 4.00 petang
📍 Aras 1 | Auditorium, Madrasah Aljunied
💰 $70 seorang | Harga Kombo: $130 untuk 2 orang
📲 Isi borang di bawah ini untuk mendaftar
Pendaftaran juga boleh dibuat secara langsung di Masjid En-Naeem pada waktu pejabat.
Baca. Fahami. Renungi. Hayati.
Semoga Al Quran bukan sahaja di bibir, tetapi menjadi petunjuk yang hidup di dalam hati dan kehidupan kita.
Tempat terhad.


